Kamis, 10 Juni 2010

BAB II
PEMBAHASAN


2.1 AL-AHWAL DALAM SUFISME
Bagian ini akan menerangkan tentang al-ahwal yaitu pemberian rasa khawf, tawaddu`, taqwa, ikhlas, shukr dan mutma'innah di dalam diri seorang suf. Anugerah spiritual bermakna hanya tidak boleh diperolehi melainkan dianugerahkan Allah hasil daripada ketaatan dan ibadah yang berterusan Seorang suf melakukan ketaatan dan ibadah yang berterusan akan menerima anugerah spiritual seperti rasa khawf, tawaddu`, ikhlas, taqwa, shukr dan mutma’innah di dalam dirinya. Seorang suf memperolehinya tanpa disadarinya bahwa anugerah tersebut sudah melekat pada dirinya.

1. Ahwal dalam Khawf (Takut)
Khawf dalam tasawuf bermaksud hadirnya perasaan takut ke dalam diri seorang salik (orang yang menuju Tuhan) kerana dihantui oleh perasaan dosa dan ancaman yang akan menimpanya. Seorang yang berada dalam khawf akan merasa lebih takut kepada dirinya sendiri sama sebagaimana ketakutannya kepada musuhnya. Saat khawf menghampirinya ia merasa tenteram dan tenang kerana kondisi hatinya yang semakin dekat dengan Tuhan. Perasaan khawf akan menghalangnya melarikan diri daripada Tuhannya. Dia juga merasa takut terhadap ancaman dan hukuman Tuhannya, oleh itu dia akan sentiasa memenuhi masanya dengan berzikir dan berdoa agar terlindung daripada azabNya. Zikir dan doanya yang khusus disebabkan rasa ketakutan tersebut akan menjaga dan menjadikannya tenteram. Allah berfrman yang bermaksud. “Mereka kembali kepada Tuhan mereka dengan penuh rasa takut (khawf) dan harap.” Seorang yang memiliki perasaan khawf kepada Tuhan akan menghilangkan perasaan khawf terhadap perkara-perkara lainnya. Dia takut kepada Tuhannya, bukan demi dirinya sendiri melainkan merasa takzimnya kepada Tuhan. Apabila khawf menetap dalam hati seseorang, maka objek nafsu habis terhakis dan keinginan terhadap dunia akan terusir. Khawf akan mengendali hatinya menuju Tuhannya yang satu. Pada saat kondisi hati berada dalam khawf kepada Allah, dia akan mendekati keagungan dan kemuliaanNya. Takut merupakan tempat persinggahan yang amat penting dan paling bermanfaat bagi hati. Hati akan menjadi tenang, tenteram dan damai. Dalam ketakutan seseorang suf melakukan pelbagai ketaatan kerana khuatir amalannya tidak diterima Tuhannya. Allah berfrman yang bermaksud. “Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Rabb mereka, dan orang-orang yang beriman terhadap ayat-ayat Rabb mereka, dan orang-orang yang mempersekutukan dengan Rabb mereka (sesuatu apa pun) dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka, mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya.”

2. Ahwal dalam Tawaddu` (Kerendahan Hati)
Tawaddu` adalah perasaan yang selalu muncul dalam diri seorang suf hasil daripada penghampirannya dengan Allah. Ia merasa senang dan tenteram bersama Tuhan di samping ia menjadi tegar dalam menghadapi perkara buruk yang menimpanya dan dia pula tidak pernah pasrah. Namun ia menggunakan kesenangan dan ketenteraman perasaannya sebagai penggerak dalam tindakannya. Seorang suf tersebut akan meninggalkan sifat bongkak dan sombong untuk memastikan hatinya bersih dari sifat-sifat tercela. Allah berfrman yang bermaksud. “Hamba-hamba Yang Maha Pengasih, dialah orang-orang yang berjalan di muka bumi dengan tenang (tidak sombong) jika mereka dicela oleh orang-orang yang (jahil) mereka berkata selamat.” Nabi s.a.w. mengingatkan bahawa: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada-ku, agar kalian rendah hati, hingga seseorang tidak membanggakan diri terhadap yang lain dan seseorang tidak berbuat aniaya terhadap yang lain.” , “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada kesombongan meskipun seberat zarah. Tawaddu` sebenarnya adalah kerendahan hati seorang hamba (ketundukan) terhadap kebenaran dan kekuasaanNya.
Tawaddu` juga merupakan kepasrahan kepada kebenaran dengan mematuhi bahawa tawaddu` itu adalah merendahkan sayap terhadap semua makhluk dan bersikap lembut kepada mereka. Merendahkan sayap tersebut bermaksud meninggalkan kesombongan untuk mewujudkan persamaan di mana tidak ada perbezaan antara seseorang manusia dengan lainnya; kecuali dengan ketakwaan. Sikap tawaddu` yang terbenam dalam hati seorang Muslim adalah suatu usaha untuk menghindari sifat tamak (haloba), bongkak dan sombong. Syaikh al-Islam ‘Abdullah al-Ansari mengatakan tawaddu` mempunyai tiga tahap yaitu:
1. Tawaddu` kepada agama, yaitu tidak menentangnya dengan pemikiran dan penukilan, tidak menolak dalil agama dan tidak berfkir untuk menyangkalnya; meredhai seorang Muslim sebagai saudara sesama hamba Allah.
2. Meridhai dirinya, tidak menolak kebenaran sekalipun datang daripada musuh dan menerima permohonan maaf daripada orang yang meminta maaf; tunduk kepada kebenaran (Allah) dengan melepaskan pendapat
3. Kebiasaan dalam mengabdi tidak melihat hak dalam mu’amalah. Seorang suf menyifatkan tawaddu` dengan merendahkan hati, menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya di mana semua aktivitinya itu diwarnai dengan nilai kebenaran serta menolak sifat-sifat yang mengotorinya dan meninggalkan kesombongan diri.

3. Ahwal dalam Taqwa (Pemeliharaan Diri)
Taqwa adalah satu sifat yang dinisbahkan kepada orang yang patuh, taat dan sabar terhadap perintah Allah serta memelihara dirinya daripada tergelincir ke dalam perkara-perkara yang buruk. Taqwa dalam pengertian umum dapat dikatakan: “Memelihara diri dan tetap menjaganya dengan melaksanakan ketaatan dan amal soleh”. Taqwa merupakan ketua bagi seluruh kebaikan dan hakikatnya adalah seseorang melindungi dirinya daripada hukuman Tuhan dengan ketundukan kepadaNya. Taqwa adalah usaha penjagaan daripada tergelincir ke dalam syirik, dosa dan kejahatan, serta hal-hal yang shubhat (diragui tentang halal dan haramnya). Al-Maraghi mendefinisikan taqwa dengan menjaga diri daripada hukuman dan kemurkaan Allah dengan cara tidak melakukan maksiat kepadaNya.
Dalam tasawuf taqwa merupakan kondisi batin yang terpelihara dan berada dalam penjagaan dan pemeliharaan diri dengan sebab ketaatan dan kesolehan seseorang kepada Tuhannya. Pemeliharaan diri daripada nilai negatif melahirkan suatu kondisi "Batiniyyah latifah Rabbaniyyah" yaitu suatu keadaan psikologi yang lembut yang berisi nilai ketuhanan yang kukuh sehingga ia memperoleh ketenangan dan kebahagiaan. Ketakwaan pada hakikatnya adalah pengendalian diri dan emosinya daripada menurut kecenderungan hawa nafsunya. Seseorang yang memiliki taqwa, akan sentiasa berlaku benar, adil, amanah dan mempunyai hubungan yang baik dengan lingkungannya. Ketakwaan bukanlah kondisi batin yang hadir secara tiba-tiba, tetapi lebih daripada anugerah, taufq dan hidayah daripada Allah kepada hambaNya yang taat dan beramal soleh.

4. Ahwal dalam Ikhlas (Ketulusan)
Ikhlas merupakan hal yang sangat prinsip dalam ibadat. Ikhlas adalah tindakan dan perbuatan murni yang tidak dicampuri oleh perkara-perkara lain. Secara etimologi, ikhlas sering diertikan dengan kemurnian yang tidak dicampuri hal yang menjadi tujuan. Dalam ajaran suf keikhlasan adalah suatu yang diperlukan untuk mendekatkan diri kepada Allah sama ada dari sudut niat mahupun tindakan. Seorang suf membersihkan amal perbuatannya daripada ‘ujub, riya’, hubb al-dunya, hasad, takabbur dan sebagainya dengan mengerjakan amal soleh semata-mata kerana Allah maka dia disebut sebagai seorang mukhlis (beramal dengan penuh keikhlasan) dan perbuatannya itu adalah ikhlas. Jadi ikhlas merupakan sesuatu hal yang bersifat batiniyah dan teruji kemurniannya dengan amalan soleh. Ia merupakan perasaan halus yang tidak dapat diketahui oleh sesiapapun. Amal perbuatan adalah bentuk-bentuk lahiriyah yang boleh dilihat sedangkan roh amal perbuatan itu adalah rahsia iaitu keikhlasan. Allah berfrman yang bermaksud. “Kepada Engkau sahaja, kami menyembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.” Keikhlasan, apabila ditinjau dalam bentuk realiti amalan, maka ia dapat dibahagi kepada tiga peringkat, yaitu: tidak melihat amalan sebagai amalan semata-mata yaitu :
1. Tidak mencari balasan daripada amalan dan tidak puas terhadap amalan; malu terhadap amalan di samping sentiasa berusaha sekuat tenaga
2. Menjaga amalan dengan sentiasa dan tetap menjaga kesaksian serta memelihara cahaya taufiq yang dipancarkan oleh Allah SWT; memurnikan amalan dengan melakukan amalan berasaskan ilmu
3. Tunduk kepada kehendak Allah. Keikhlasan bukanlah hal yang statik yang sekali wujud akan sentiasa bertahan selamanya di dalam diri manusia. Ia adalah suatu yang dinamis yang sentiasa menuntut kesungguhan pemeliharaan dan peningkatan. Keikhlasan menjadi langkah bagi manusia untuk menumbuhkembangkan potensi sedia ada yang akan memberi kesan kepada amalan dan teruji dalam kualiti mahupun kuantiti.

5. Ahwal dalam Shukr
ckan anugerah dan kurnia kepada orang-orang yang bersyukur tetapi sedikit sekali di antara manusia (hamba-hamba Tuhan) yang bersyukur kepadaNya.17Menjadi seorang al-Shakir dan bersifat dengan sifat Tuhan terasa agak berat tanpa kapasiti dan muatan iman dan tauhid. Munculnya sifat shukr dalam diri manusia merupakan kesan daripada kesedaran manusia terhadap rahmat dan kurnia yang diterimanya daripada Allah SWT. Hadirnya sifat ini ke dalam diri akan kelihatan positif terhadap kewujudan integriti diri dengan Allah dan lingkungannya. Mereka ini akan selalu berada dalam ketaatan dan kesolehan yang padu. ‘Abdullah al-Ansari menyebut tiga peringkat shukr iaitu: mensyukuri hal-hal yang disukai. Ini merupakan :
1. Shukr yang boleh dilakukan oleh umat Islam, Yahudi dan Majusi. Kekuasaan merupakan rahmat Allah yang wajib disyukuri dan boleh dianggap sebahagian daripada shukr, menjanjikan tambahan dan memberikan pahala
2. Shukr kerana mendapatkan sesuatu yang dibenci. Ini boleh dilakukan oleh mereka yang tidak terpengaruh oleh pelbagai keadaan dan hal ehwal dunia dengan tetap memperlihatkan keredhaan, menahan marah, tidak mengeluh, memperlihatkan adab yang baik. Orang yang bersyukur seperti inilah yang pertama kali dipanggil masuk syurga;hamba yang tidak mempersaksikan kecuali Pemberi Nikmat. Jika dia mempersaksikanNya kerana ‘ubudiyyah, maka dia menganggap nikmat daripadaNya itu amat agung. Jika dia memperhatikan dan menyaksikanNya kerana cinta maka kesusahannya akan terasa manis. Jika dia mempersaksikanNya kerana mengEsakanNya, maka dia tidak mempersaksikan apa yang datang daripadaNya sebagai nikmat atau kesusahan.



6. Ahwal dalam Mutma’innah (Ketenangan)
Mutma’innah atau tama’ninah merupakan satu kesan terhadap batin di mana a berada dalam tenteram kerana selalu dekat dengan Tuhan. Allah berfrman yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingat Allah. Ingatlah, bahawa dengan mengingat Allah itu, tenteramlah segala hati.” “Hai nafsu (jiwa yang tenang (suci). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan (hati) rida dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kamu ke dalam syurgaKu.” Sebenarnya mutma’innah seiring dengan hilangnya kecemasan, ketegangan dan kegelisahan dalam hati. Hati yang mutma’innah dianugerahkan dengan rasa aman sehingga ia tidak merasa diburu oleh kehidupan kebendaan (material) yang mempengaruhi perkembangan jiwa positifnya. Dalam tasawuf mutma’innah dinisbahkan kepada al-ahwal iaitu kondisi psikologi yang tenteram dengan mengingati Allah (dhikr ila Allah), mengerjakan amal soleh dan bertaqarrub (mendekatkan) kepadaNya. Menurut ‘Abdullah al-Ansari, mutma’innah dapat dibahagi kepada beberapa bahagian yaitu:
1. Mutma’innah hati kerana menyebut asma’ Allah. Ini merupakan mutma’innah orang yang takut (khawf) beralih kepada harapan daripada kegelisahan kepada hukum dan daripada cubaan kepada pahala;
2. Mutma’innah iaitu ketika mencapai tujuan pengungkapan hakikat, saat merindukan janji dan saat berpisah untuk berkumpul kembali;
3. Mutma’innah kerana menyaksikan kasih sayang Allah, mutma’innah kebersamaan menuju baqa’ dan mutma’innah kedudukan menuju cahaya azali.


BAB III
PENUTUP

3.1 Kesimpulan
Kajian tentang al-maqamat dan al-ahwal dalam sufsme bukanlah kajian baru, malah ia merupakan kajian klasikal Islam yang lebih spesifk dalam hal spiritual Islam. Seorang suf apabila mencapai suatu maqam ianya merasakan kenikmatan-kenikmatan dengan dekatnya diri kepada Yang Maha Kuasa. Ia bahkan boleh merasakan nikmatnya bertemu dalam berkontemplasi dan berkhalwat dengan Tuhannya. Bagi seorang suf yang berkontemplasi, ia merasakan bahawa itu adalah usaha gigih seseorang salik dalam menemui Tuhannya. Bagi seseorang suf, al-maqamat dan al-ahwal adalah usaha bertaqarrub kepada Maha Pencipta. Daripada al-maqamat dan al-ahwal inilah lahir pancaran sinar dan pencerahan hati seorang suf menjadi seorang insan yang selalu berta`abbud kepada Allah. Usaha-usaha inilah juga yang menjadikan seorang suf mencapai tazkiyyah al-nafs.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar